Gambar ini di rakam pada tahun 1952 di Kampung Berhala Gantang, Temerloh Pahang. Pada masa itu zaman dharurat telah di istiharkan oleh British di Tanah Melayu. Peristiharan ini berikutan kebangkitan golongan militant terutama nya Orang Melayu di dalam menuntut kemerdekaan. Kampung Berhala Gantang kedudukan nya bertentangan dengan Kampung Lubuk Kawah di pinggir Sungai Pahang. Kampung Lubuk Kawah sebuah perkampungan kecil di Negeri Pahang yang telah di pilih oleh para militant untuk mendirikan sebuah kem terbesar di Semananjung Tanah Melayu. Sebuah Kem didirikan di atas Bukit Nafi yang sekarang ini menjadi pejabat PAIP Pahang. Pemilihan Kampung Lubuk Kawah ini kerana di sana terdapat ramai anggota Api,Awas,KMM yang bergiat aktif.Semangat menentang penjajah ini ditiup oleh Kadi Ahmad Bangau dan juga Tuan Guru Haji Man. Kedua-dua tokoh ini sangat keras semangat dan kata-kata mereka di dalam melawan golongan kafir British. Kg Lubuk Kawah juga di pilih kerana ia terletak di tengah-tengah Semanjung Tanah Melayu, dan kedudukan nya jauh ke dalam hutan Pahang yang terpencil dari kedudukan logistic British di Singapura,Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Oleh kerana sebahagian dari penduduk Kg Lubuk Kawah berasal dari Kg Berhala Gantang, dan kedudukan nya pula paling hamper dengan Kg Lubuk Kawah,maka penduduk Kg Berhala Gantang di syaki oleh pihak Britisih memberi bantuan moral dan material kepada Golongan Militan ini. Golongan Militan yang berasal dari Lubuk Kawah mempunyai pertalian darah dengan penduduk Kg Berhala Gantang, Anak Cucu Aki Ibrahim ia itu datuk kepada Allahyarham Peguam Suhaimi Said merupakan keturunan Orang Berhala Gantang yang berpindah ke Lubuk Kawah, boleh di katakana kesemua mereka menyertai pertubuhan KMM,API dan AWAS, mereka kemudian nya menjadi orang kuat menetang British di Tanah Melayu. Mereka merupakan pimpinan dan kader-kader kepada pergerakan Militan pada masa itu.Kemudian apabila di tubuhkan PETA, maka mereka semua menyokong pula pergerakan tersebut. Begitu juga dengan anak-anak Kadi Ahmad Bangau yang tinggal di Kg Durian Tipus, Teluk Ira. Mereka ini asalnya orang Kg Berhala Gantang di mana anak-anak Kadi Ahmad ramai yang terlibat dengan pergerakan menuntut kemerdekaan dari British.Sebahagian dari anak muda dari Kg Berhala Gantang pula ada yang melibatkan diri secara aktif menyokong pergerakan militant seperti Mat Serting, Alias Imam Sham. Mat Serting tertewas di dalam pertempuran golongan Militan dengan pasukan British di Jerantut. Anak-anak Kadi Ahmad pun ada yang tertewas dalam pertempuran di Temerloh dan Cenor.
Maka pada tahun 1952, Pihak Sultan dengan desakan pentadbiran Britisah telah mengadakan lawatan & perjumpaan dengan pendudukan Kg Berhala Gantang. Tujuan kedatangan ialah untuk meneliti kedudukan sokongan penduduk Kg Berhala Gantang kepada pihak militant,kedua kedatangan ini juga mencadangkan supaya kampong ini di tutup dan penduduknya di pindahkan ke tempat lain. Cadangan ini mendapat tentangan dari penduduk Kg Berhala Gantang terutama dari Ketua Kampung pada masa itu Che Abdullah bin Awang Nayib. Pihak istana masih memberi ruang dan peluang bagi penduduk kampong untuk menunjjukkan sikap mereka,manakala pihak British pula memaksa penduduk kampong berpindah. Selepas itu berlaku peristiawa di mana Ketua Kampung telah di serang oleh puak Militan dan Cikgu Yaakub bin Simat telah di bunuh oleh puak2 Militian kerana di tuduh bersubahat dengan British. Maka dari kedua peristiwa tersebut maka pihak Britisah mengendurkan tuntuntan mereka.Perjumpaan ini di adakan di bagunan Mussala Madrasah Al Wosto yang siap dibina di dalam tahun 1950, kelihatan di barisan depan KDYMM Almarhum Sultan Abu Bakar dan juga[ZH1] DO Temerloh yang berbangsa Inggeris,rombongan ini disertai oleh Penghulu Sanggang dan ketua polis Temerloh. Jika desakan British itu terjadi maka tidak wujud lagi Madrasah Al Wosto sehingga kini di Kampung Berhala Gantang . Pada masa itu Tuan Guru Haji Hasanuddin telah memilih satu kawasan baru di Kampung Bintang untuk memindahkan sekolah nya ke situ.Alhamdulillah hal itu tidak berlaku ,dan Madrasah Al Wosto masih berdiri teguh di Kampung Berhala Gantang,Temerloh Pahang. Perjuangan secara militant tidak mendapat sambutan dari Orang Melayu maka negera ini merdeka secara rundingan sahaja.
[ZH1]ob
0 Response to "GAMBAR DAN PERISTIWA : PERASMIAN WOSTO KE APA?"
Posting Komentar