1) RESEPI LEMANG
(Lemang ketika dibakar -sumber Wikipedia gambar)
Bahan:
5 kg Beras Pulut
3 Biji Kelapa5-6 Batang Buluh (Bergantung)
Garam
Daun Pisang
Kayu Api
Bahagian Pulut
Basuh pulut dengan bersih
Perah kelapa dan ambil santanRendamkan pulut ke dalam santan tadi (Jangan terlalu lama jika tidak pulut akan jadi lembik serta garam secukup rasa)
Bahagian Buluh
Pilih buluh lemang
Cuci buluh dengan bersih
Daun pisang hendaklah dilayur agar lembut
Gulung daun pisang yang bulat dan masuk ke dalam buluh
Masukkan pulut tadi ke dalam buluh yang ada daun pisang
Jangan ditekan dengan terlalu kuat kerana lemang akan jadi keras(supaya ada ruang)
Tutupkan bahagian atas lemang dengan daun pisang
Bahagian Bakar
Bakar selama 3 hingga 4 jam..
Kebiasaannya, menggunakan kayu api tetapi jika ingin jimat guna arang kayu dari pokok bakau .Arang kayu bakau apinya lebih panas dan lebih lama .
(Rendang )
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 kilo santan kelapa
2 sudu besar
kerisik
Cara – cara memasak
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Asam keping
2 biji bunga cengkih
Bahan kisar:
50 tangkai cili kering ( guna 4 sudu besar cili kisar )
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
½ biji halia
Bahan tumbuk ( menggunakan lesung batu )
2 batang serai
1. Panaskan kuali . Isi minyak masak 2 sudu besar ke dalam kuali
2. Kemudian masukkan bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Tumis bahan sehingga 1 minit .
3. Masukkan ayam dan biarkan selama 2 minit
4. Masukkan santan , kacau dan biarkan selama 30 minit ( saiz api sederhana )
5. Kemudian , masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping.
6. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan kacau dan biarkan selama 10 minit
7. Selepas itu , sedia untuk dihidangkan
0 Response to "RESEPI EDISI KHAS HARI RAYA AIDILADHA"
Posting Komentar